SelangorToday

1 PER 4 DARI PERBELANJAAN NEGERI DIGUNAKAN UNTUK BANTU RAKYAT

Pengerusi AMANAH Selangor memaklumkan bahawa 1 per 4 dari perbelanjaan negeri Selangor khusus untuk membantu rakyat. Kata beliau, setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan tidak kurang daripada 500 juta untuk inisiatif peduli rakyat. Beliau membandingkan belanjawan Selangor yang jarang-jarang defisit berbanding kerajaan persekutuan yang hampir setiap tahun defisit sejak 1998 hingga kini.

Beliau memberi tahu, menteri kewangan sendiri yang memaklumkan, jika ekonomi sekarang kekal dalam tempoh 5 tahun, kerajaan persekutuan akan mengalami masalah untuk membayar duit pencen bekas penjawat awam.

Oleh itu, ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah itu mengingatkan ahli serta masyarakat untuk terus mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor ini. Kewajaranya bagi mengelakkan duit yang sebelum ini digunakan untuk kebajikan rakyat sampai kepada ahli politik yang korupsi.

Exit mobile version