SelangorToday

10 BUAH LORI 10 TAN DIBAWA MASUK KE HULU LANGAT

Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah membawa 10 buah lori untuk muatan 10 tan setiap sat uke kawasan yang dilanda banjir di Hulu Langat. 10 buah lori itu dibawa ke Taman Nading, Hulu Langat yang terkesan teruk setelah banjir melanda hujung minggu lalu.

Naib Presiden AMANAH itu berjaya memperoleh jumlah lori yang besar untuk membantu rakyat di Hulu Langat mengangkut barang-barang rosak. Tambah beliau, langkah ini bagi mempercepatkan proses pembuangan longgokan sampah di didepan rumah mangsa banjir.

Beliau yang baru pulang dari luar negara setelah menjalankan tugas rasmi anggota parlimen Malaysia, terus menumpukan perhatian kepada pemulihan kawasan yang terjejas teruk di Hulu Langat. Tegas beliau, apabila longgokan sampah dan barang buangan telah diangkut melalui lori yang disediakn, maka laluan trafik sekitar kawasan ini kembali lancar. Pastinya ia memudahkan anggota penyelamat seperti ATM, BOMBA, APM dan sukarelawan untuk masuk untuk membantu operasi pembersihan.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version