Sejak hari pertama mengakat sumpah sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub menjadi perhatian umum apabila agenda menangani kenaikan kos sara hidup merupakan perkara penting yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Ke 10. Ertinya agenda menangani kenaikan kos sara hidup menjadi agenda awal kerajaan serta menjadi KPI utama kerajaan perpaduan. Oleh itu, Salahuddin Ayub tidak menunggu lama untuk bertindak dengan sama-sama turun padang bersama pasukan KPDN untuk memantau harga dan bekalan barangan. Tidak kekok beraksi dilapangan sebelum ini beliau kerap turun melihat perkembangan semasa harga barangan dibawah kelolaan Biro Mobilasi AMANAH Nasional.
Dengan gambaran terkini dan terpirinci dilapangan, Salahuddin mengadakan libat urus dengan pemain industri agar input dilapangan boleh menjana keputusan yang lebih komprensif apabila yang dirunding dengan mereka yang terlibat. Kejadian malang yang melanda negara pada hujung tahun lalu seperti tanah runtuh dan banjir juga telah mendapat perhatian Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden AMANAH. Beliau mengarahkan bantuan diberikan kepada mangsa dan petugas bencana melalui Program Foodbank. Salahuddin yang pernah memikut tugas sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan memahami birokrasi untuk menguruskan kenaikan kos sara hidup, maka kolaborasi antara kementerian dijalankan sejak beliau memimpin KPDN manakala sebuah sekretariat tetap rentas pelbagai kementerian terlibat ditubuhkan bagi menyeleraskan isu kos sara hidup.
Membawa aspirasi Parti Amanah Negara iaitu ‘Peduli’ maka Salahuddin telah menggerakkan beberapa inisiatif lain berbentuk segera bagi membantu meringankan beban masyarakat atas tekanan kenaikan kos sara hidup ini. Antaranya mengumumkan program ‘Rezeki Suri’ yang mengfokuskan kepada usaha isi rumah menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menambah pendapatan. Kedua, mengumumkan perancangan KPDN mewujudkan ‘KPDN Bakul Rahmah’ sebagai inisiatif berbentuk jangka pendek. Seterusnya, baru-baru ini, Salahuddin mengumumkan KPDN akan melaksanakan Program Sistem Perlindungan Sosial baharu. Baru sebulan memimpin KPDN, tekad dan komitmen beliau menangani kenaikan kos sara hidup jelas kelihatan – Selangor Today