SelangorToday

1,476 WANITA SELANGOR DIBANTU MULA PERNIAGAAN

Seramai 1,476 orang wanita di negeri Selangor telah dibantu oleh kerajaan negeri Selangor sehingga Januari 2022. Mengikut makluman di media sosial Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa bantuan yang dilaksanakan khas untuk membantu wanita-wanita memulakan perniagaan itu melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM6.07 juta.

Melalui Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Selangor ini mampu mendorong golongan wanita di Selangor mencari mata pencarian baru dalam menambah pendapatan mereka. Berdasarkan keupayaan dan kemahuan yang mereka ada, kerajaan negeri bersedia memberikan modal asas kepada mereka akan keinginan mereka untuk membuka perniagan terlaksana.

Asasnya kerajaan negeri menyediakan skim ini bagi memastikan golongan wanita dibantu dengan lebih mudah,cepat dan tidak membebankan sama ada jangka masa pendek mahupun panjang.

Exit mobile version