
Kerja-kerja tambakan ban di Kg Kebun Bunga sedang giat dijalankan. Jangkaan awal hanya memerlukan sekitar 6 lori tanah, namun pagi ini saya dimaklumkan bahawa sebanyak 16 lori akan tiba bagi mempercepatkan proses ini. Terima kasih kepada pihak JPS dan MBSA atas kerjasama yang sangat baik.

Dalam masa yang sama, saya akan memohon pihak JKR untuk turun padang dan memantau sistem saliran di Persiaran Jubli Perak, khususnya di kawasan hadapan kilang gula yang sering menjadi punca banjir kilat.

Sebagai makluman, beberapa kawasan di Shah Alam, termasuk Seksyen 16, Seksyen 18 dan sekitar Persiaran Jubli Perak, telah beberapa kali dilanda banjir kilat sejak hujung tahun lalu. Masalah ini dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang tidak lagi mampu menampung aliran air semasa hujan lebat serta pembangunan pesat yang mengurangkan kawasan tadahan air.
Komitmen kita adalah untuk terus mencari penyelesaian jangka panjang demi kesejahteraan rakyat.