Site icon SelangorToday

17.3 PERATUS POPULASI KANAK-KANAK TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN COVID-19

Sebanyak 615,671 individu atau 17.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,326 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,888,143 atau 92.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 147,742 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 51,849 suntikan dos pertama, 613 suntikan dos lengkap dan 95,280 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,441,964.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Sabah melaporkan 12 kes, diikuti Johor (sembilan), Selangor dan Negeri Sembilan (empat), tiga kes masing-masing di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, dua kes masing-masing di Melaka dan Perak manakala satu kes di Kuala Lumpur.

Exit mobile version