SelangorToday

17 JANUARI HIMPUNAN RAKYAT DESAK AZAM BAKI DICUTIKAN

Pengerusi Biro Mobilasi AMANAH Nasional, Yang Berhormat Sany Hamzan mengumumkan tempoh 7 hari yang diberikan agar Perdana Menteri untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato seri Azam Baki telah tamat, dan Perdana Menteri tidak mengambil tindakan apa-apa kepada Ketua Pesuruhjaya itu. Maka beliau menyatakan bahawa himpunan rakyat untuk mendesak Perdana Menteri bertindak terhadapa Ketua Pesuruhjaya itu akan diadakan pada 17 Januari ini di perkarangan Perdana Putra, Putrajaya.

Beliau ketika pengumuman itu sedang berceramah di Shah Alam yang juga merupakan ceramah pertama AMANAH pada tahun 2022. Usaha itu adalah bagi memulakan gerakan mobilasi dan penerangan ke seluruh negara. Mengambil masa hanya 5 minit untuk menyampaikan ucapannya, ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer itu menyatakan bahawa, Perdana Menteri nak tubuhkan badan siasatan untuk menyiasat dakwaan berkaitan Ketua Pesuruhjaya SPRM pun tidak mampu, apa lagi yang rakyat dapat harapkan kepada ahli parlimen bera itu.

Menutup ucapanya, beliau menegaskan ini merupakan permulaan kepada gerakan untuk menurunkan kerajaan bukan mandat rakyat dalam PRU akan datang. Cerama yang diadakan itu dianjurkan oleh Biro Mobilasi AMANAH Nasional dengan kerjasama Biro Mobilasi AMANAH Selangor.

Exit mobile version