Kedua-keduda pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara, YB Datuk Seri Salahudin Ayub dan Dato Mahfuz Omar telah turun membantu membuat pemulihan mangsa banjir di Kampung Sungai Serai Hulu Langat. Mereka berdua turun membantu sambil diiringi sukarelawan AMANAH khususnya ARiF.
Kelihatan Datuk Salahudin membantu mengangkat minuman bersih untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan. Pasukan ARif yang datang dari seluruh negara membantu membersihkan rumah yang terkesan akibat bencana banjir hari Sabtu dan Ahad yang lalu.
Timbalan Presiden AMANAH dan Naib Presiden AMANAH itu mengetuai Operasi Pembersihan Rumah mangsa banjir yang melibatkan aktiviti mengangkat batang pokok yang tumbang dan membaiki semula bekalan elektrik di rumah yang terlibat
Saksikan sedutan video yang disediakan.
Oleh,
Cikgu Syazmir