Site icon SelangorToday

2022: SELANGOR NEGERI YANG HEBAT,PRIHATIN DAN MEMBANGUN

2022: SELANGOR NEGERI YANG HEBAT,PRIHATIN DAN MEMBANGUN

YB Ir. Izham Hashim, Pengerusi AMANAH Selangor dalam ucapan Tahun baru 2022 menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor dibawah kepimpinan Pakatan Harapan Selangor akan terus komited membantu meringankan beban rakyat dan akan menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri yang peduli kepada rakyat atas pelbagai isu.

Mengimbas peristiwa yang berlaku pada tahun 2021, meski negara terus dihimpit dengan wabak Covid-19, tetapi rakyat sudah mula menerima norma baharu untuk diamalkan bagi mengelakkan penularan Covid-19. Manakala bencana banjir yang berlaku baru-baru ini merupakan peristiwa yang akan diingati akan kerajaan negeri khususnya beliau selaku Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor untuk berjaga-jaga dan mengambil langkah proaktif dalam meminimakan kesan bencana banjir jika berlaku lagi.

ADN Pandan Indah itu menyampaikan ucapan terima kasih kepada anggota Parti Amanah Negara dari kepimpinan negeri, sayap-sayap, aktivis parti termasuk lantikan politik yang telah berkorban seluruhnya demi menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri peduli rakyat. Kekuatan AMANAH terletak kepada kejituan semua pihak dalam meneruskan agenda membantu rakyat dan negeri.

Akhirnya, beliau menyatakan keyakinan bahawa Negeri Selangor akan menjadi negeri yang hebat, prihatin kepada semua pihak dan terus membangun untuk mencapai negari yang maju dan lestari.

Exit mobile version