SelangorToday

2025 – BERMULANYA ZAMAN AI MENJADIKAN TELEFON PINTAR GAJET PENTING KEHIDUPAN

Telefon Bimbit Tahun 1992

Sejak menggunakan telefon bimbit asas bermula tahun 1992, dengan jenama Nokia P101 apabila mula bekerja di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 1991, telefon bimbit telah menjadi salah satu gajet amat penting dalam kehidupan. Pada masa itu, Nokia P101 dengan berat 71 gram, kuasa bateri 1020mAh, memori 2GB, storan 16GB, 8 jam masa bercakap dan sehingga 25 hari masa ”standby”, telah menjadi alat komunikasi penting yang menyimpan maklumat dan direktori senarai perhubungan.

Telefon Pintar Tahun 2025

”Fast forward” ke tahun 2025 ini, setelah puluhan jenama telefon bimbit bertukar ganti dan kini berubah ke telefon pintar (”smartphone”), tahun 2025 kini adalah bermulanya satu zaman yang akan melonjakkan lagi satu era yang dipanggil ZAMAN AI atau ZAMAN KECERDASAN BUATAN. Pada zaman ini, saya telah menggunakan telefon pintar Xiaomi 13T Pro, berat 200 gram, kuasa bateri 5000mAh, memori 32GB dan storan 1000GB. Skala peratus peningkatan spesifikasi telefon pintar telah berubah begitu mendadak dari segi Berat: 181.69%, Kuasa Bateri: 390.20%, Memori (RAM): 1500% dan Storan: 6150%. Dalam Zaman AI ini, kuasa sebuah komputer berkuasa tinggi kini berada dalam tapak tangan kita sahaja yang terus menjadi gajet penting dalam kehidupan melangkaui keperluan berkomunikasi.

Selepas Tahun 2025 – ZAMAN AI, Zaman Lonjakan Digital

Telefon pintar berkuasa tinggi sebuah komputer atau laptop yang kini ditelapak tangan telah menjadi gajet menguruskan kehidupan rencam dan mencakup berbagai aspek kehidupan seharian. Paparan utama telefon pintar saya kini, di dalamnya ada 156 aplikasi (apps) untuk tujuan Komunikasi, Akses Internet, Media Sosial, Hiburan, Amalan, Produktiviti, Navigasi & Perjalanan, Kewangan dan Perbankan, Pendidikan & Pembelajaran, Kesihatan, Fotografi, Videografi dan Otomasi Rumah. Satu kategori baru dalam penggunaan telefon pintar, bermula tahun 2025 ini ialah AI (”Artificial Intelligence”). Bermula tahun 2025, penggunaan ”Generative AI” akan menjadi satu rutin kehidupan, sebagaimana manusia tidak boleh lari dari menggunakan Kalkulator untuk mengira.

Apa Itu ”Gen AI”

Kecerdasan buatan generatif, juga dikenal sebagai AI generatif atau disingkat gen AI, adalah jenis AI yang dapat menciptakan konten dan ide baru, termasuk percakapan, cerita, gambar, video, dan musik. Ia dapat mempelajari bahasa manusia, bahasa pemrograman, seni, kimia, biologi, atau materi pelajaran yang kompleks. Ia menggunakan kembali apa yang diketahuinya untuk memecahkan masalah baru dan mencadangkan penyelesaian (rujukan: https://aws.amazon.com/id/what-is/generative-ai/).

Manusia ”Berbicara” Dengan Komputer Melalui AI

Teknologi yang membantu AI berkomunikasi secara teks dan “berbicara” seperti manusia melibatkan beberapa teknik canggih, termasuk Text-to-Speech (TTS) untuk mengubah teks menjadi suara, Pemrosesan Bahasa Alami (Natural Language Processing, NLP) untuk memahami dan merespons bahasa manusia, serta Pengenalan Suara untuk menafsirkan ucapan manusia. Sintesis Suara dan Jaringan Saraf digunakan untuk menciptakan suara yang alami dan manusiawi, sementara Deteksi Emosi membantu AI merespons dengan cara yang lebih empati. Pembelajaran Mesin juga digunakan untuk melatih model AI pada data suara dan teks yang besar, memungkinkannya untuk belajar dan meningkatkan kemampuan berbicara secara bertahap. Teknologi-teknologi ini bekerja bersama untuk memungkinkan AI berkomunikasi dengan cara yang lebih alami dan manusiawi.

Aplikasi ”Gen AI” paling popular masakini ialah ChatGPT dari OpenAI (paling pertama diwujudkan), Copilot dari Microsoft dan Gemini dari Google.

Bagaimana ”Gen AI” Membantu Menyelesai Masalah dan Cabaran

Sebelum wujudnya ”Gen AI”, manusia masih menggunakan telefon pintar atau komputer, tetapi masih secara ”manual” dan melalui beberapa langkah yang akan mengambil masa. Contohnya mencari maklumat berkenaan dengan sesebuah organisasi dan siapa pimpinan utama mereka. Kita akan melakukan beberapa langkah seperti buat cari Google (”Google Search”), setelah menjumpai sesebuah organisasi, teruskan pencarian mendalam, lapis demi lapis, sehingga terjumpa maklumat yang diperlukan.

Lupakan kerja mencari maklumat dan data cara lama menggunakan pelbagai ”search engines” yang mengambil masa panjang. Dengan adanya ”Gen AI”, kita sekarang telah boleh ”berbicara” secara audio atau berkomunikasi secara teks (paling popular) dengan memberi ”prompt” yang sesuai dan bertatacara. Contohnya untuk mencari maklumat semua menteri-menteri utama Kerajaan Malaysia sekarang, kita hanya perlu ”bercakap” atau ”prompt” dengan teks seperti berikut dengan ChatGPT, atau Gemini atau Copilot seperti berikut: ” Tolong cari dan senaraikan menteri-menteri utama Kerajaan Malaysia”. Terus sahaja jawapan disenaraikan.

”Gen AI” Terus Berkembang Dengan Pantas dan Pesat

”Gen AI” akan terus berkembang dengan pantas dan pesat selepas ini. Maka kita perlulah memulakan langkah berjinak dan berkawan dengan ”Gen AI” kerana aplikasi-aplikasi ini akan menjadi pembantu AI yang memperkasakan diri.

”Gen AI” akan terus terus berkembang dan memberikan impak signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan. Berikut adalah beberapa perkembangan utama ”Gen AI” dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang:

  1. Peningkatan Kemampuan NLP: Model AI lebih baik dalam memahami dan merespons bahasa manusia.
  2. Pengembangan Aplikasi Perniagaan: Digunakan untuk analisis data, prediksi pasar, dan otomatisasi layanan pelanggan.
  3. Inovasi dalam Kreativiti: Menciptakan karya seni, musik, dan rekacipta yang inovatif.
  4. Peningkatan Interaksi Manusia-Komputer: Chatbot dan asisten virtual menjadi lebih canggih.
  5. Pembelajaran dan Pendidikan: Alat pembelajaran yang lebih personal dan adaptif.
  6. Kesihatan: Digunakan dalam diagnosis medikal, pengembangan perubatan, dan perawatan kesihatan personal.
  7. Otomasi dan Produktiviti: Meningkatkan otomasi tugas-tugas rutin dan kompleks.
  8. Keamanan dan Privasi: Fokus pada perlindungan data dan keamanan dalam aplikasi AI.
  9. Integrasi dengan Teknologi Lain: Diintegrasikan dengan IoT, blockchain, dan teknologi cloud.
  10. Regulasi dan Etika: Pengembangan kerangka kerja untuk penggunaan AI yang bertanggung jawab dan beretika.

Ditulis oleh: Haji Ahmad Jamali Sepihie

Seorang profesional berpengalaman dengan ijazah (kepujian) dalam Kejuruteraan Kimia dari University of New South Wales, Sydney, Australia, memiliki lebih 36 tahun dalam dunia korporat dan perniagaan. Beliau lama berkecimpung dalam perniagaan berasaskan teknologi IT. Beliau sentiasa berminat dengan teknologi terkini, termasuk penggunaan AI untuk memacu ekonomi digital.

Exit mobile version