SelangorToday

3 HARI BANJIR, MALAYSIA MACAM TAK ADA KERAJAAN – MAT SABU

Presiden AMANAH yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Yang Berhormat Mohamad bin Sabu mengecam kerajaan persekutuan atas kelembapan mereka menyelaras bantuan ketika banjir melanda tahun lalu. Dalam ceramah politik yang beliau sampaikan di Shah Alam rabu lalu, mantan Menteri Pertahanan Malaysia itu menegaskan bahawa dalam tempoh yang genting itu, ternyata kerajaan Malaysia gagal menurunkan aset-aset bantuannya ke tempat-tempat banjir.

Mohamad Sabu ketika sedang berceramah di Shah Alam rabu lalu

Tambah beliau, menteri-menteri yang ada tidak mempunyai sikap simpati kepada mangsa banjir apabila sanggup meneruskan perjalanan Umrahnya sedangkan ibadah itu boleh ditangguhkan memandangkan ia adalah ibadah sunat. Namun sebaliknya, menteri yang berasal daripada parti agama itu meneruskan perjalanannya tanpa melihat keperluan menteri itu berada di Malaysia. Menteri tersebut bertanggungjawab dalam meguruskan isu air dan alam sekitar, seharusnya beliaulah yang berada paling hadapan memberikan amaran dan persediaan menghadapi banjir. Malangnya ia tiadak di Malaysia.

Menyentuh peranan Perdana Menteri pula, akibat mencuri mandat daripada kerajaan pilihan rakyat, membentuk majoriti yang tipis menyebabkan Perdana Menteri tidak berkeupayaan menegur menteri-menterinya. Malah Perdana Menteri hanya mampu mencadangkan agar menteri-menteri yang sedang bercuti di luar negara untuk  pulang segera. Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu, ketidakupayaan itu adalah berdasarkan sokongan majoriti tipis yang kerajaan persekutuan ada menyebabkan bila-bila masa Perdana Menteri boleh tumbang akibat penarikan sokongan ahli parlimennya.

Jika beliau menjadi Perdana Menteri, beliau akan memecat semua menteri-menteri yang tidak berperikemanusiaan yang sanggup bercuti keluar negara ketika rakyat ditimpa musibah banjir. Jelaslah ketika banjir melanda, Malaysia umpama tiada kerajaan.

Exit mobile version