SelangorToday

30% CALON WANITA: KREDIBILITI WANITA TERBUKTI DI SEKTOR AWAM & SWASTA – AWAN SELANGOR

Pengarah Komunikasi AWAN Selangor, Nooraimi Hani ketika mengulas isu meletakkan 30% calon wanita dalam pilihan raya itu berkata, ketika ini keterlibatan wanita di dalam sektor awam dan swasta telah berada pada tahap 42% melebihi saranan 30%. Ia memberi signal dan indikator jelas bahawa kredibiliti wanita sebagai pembuat keputusan serta dasar tidak perlu dipertikaikan lagi.

Tambahan beliau, saranan insentif oleh YBTM Datuk Hajah Aiman Athirah juga akan menaikkan lagi semangat serta ruang kepada calon-calon wanita diperingkat kepimpinan parti masing-masing mendapat peluang yang adil.

Untuk memastikan matlamat lebih ramai wanita berada di peringkat pembuat dasar serta wakil di parlimen dan dewan undangan negeri masing-masing, yang paling utama adalah meletakkan mereka bertanding di kerusi bertaraf ‘A’ oleh parti.

Kemenangan calon tersebut membolehkan mereka berada dalam tampuk pentadbiran negara dan mencapai hasrat tersebut Ia juga adalah suatu tindakan yang mengabsahkan lagi fungsi serta peranan mereka sekaligus meraktifikasi kesaksamaan gender yang sering menjadi isu semasa. – SelangorToday

Exit mobile version