Site icon SelangorToday

40,000 PELAJAR SELANGOR AKAN TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI

40,000 PELAJAR SELANGOR AKAN TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI

Dalam sidang media khas yang diadakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor baru-baru ini telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menyalurkan Bantuan Pakaian Sekolah Selangor 2022 kepada keluarga yang ditimpa musibah banjir tahun lalu. Bantuan tersebut akan diberikan kepada pelajar melibatkan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah-sekolah dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Pakatan Harapan sedar akan kerosakan yang berlaku akibat banjir bukan sahaja melibatkan kelengkapan rumah dan pengangkutan, namun ia juga melibatkan pakaian khususnya pakaian sekolah yang perlu dipakai mejelang sesi persekolahan baru pada bulan Mac nanti. Oleh itu kerajaan negeri telah menyediakan bantuan dalam bentuk pakaian sekolah lengkap seperti baju, sluar, stokin dan kasut bernilai RM100 setiap pelajar. Harapan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu agar bantuan ini meringankan beban ibubapa seterusnya memotivasikan pelajar untuk ke sekolah.

Dalam sidang media yang sama, Amiruddin memaklumkan yang proses pembersihan pasca banjir fasa awal telah pun berakhir sepenuhnya. Manakala fasa kedua akan berjalan tidak lama lagi seiring memberi laluan kepada penduduk yang masih dalam proses pembersihan rumah. Beliau menyasarkan proses pembersihan ini akan selesai sepenuhnya menjelang akhir bulan Mac 2022.

Exit mobile version