Site icon SelangorToday

41% WANITA SEBAGAI PEKERJA DI AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN SELANGOR

YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor,  ketika menjawab soalan di Dewan UndangaN Negeri Selangor yang lalu memaklumkan sebanyak 41% adalah daripada kalangan sebagai kakitangan mahupun penjawat awam dibawah Kerajaan Negeri Selangor. Data itu merupakan data terkini sehingga 9 November 2021.

Kata beliau yang merupakan Naib Presiden AMANAH, seramai 28% golongan wanita telah ditempatkan dalam pelbagai jawatan dibawah Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam membuat keputusan dan dasar Negeri Selangor.

Tegas beliau, pemilihan mereka yang ditempatkan dalam pelbagai jawatan dipilih mengikut keupayaan dan prestasi kerja mereka tanpa mendiskriminasi golongan wanita khususnya.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

 

Exit mobile version