SelangorToday

5 INISIATIF UTAMA PERKASA KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI SELANGOR – ANFAAL

Dewan Selangor | Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan menjadikan agenda kebajikan dan pendidikan kanak-kanak di Selangor sebagai keutamaan. Justeru itu, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata Selangor telah memperkenalkan Program Bantuan Tadika Selangor(TUNAS) yang menyediakan subsidi kepada ibubapa bagi menampung yuran tadika sehingga RM50.00 setiap bulan. Katanya subsidi yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor(YAWAS) itu akan dibayar terus kepada tadika di Selangor yang mendaftar dibawah program ini.

Selain itu, Skim Bantuan Asuh Pintar juga mirip TUNAS tetapi bantuan yuran tersebut adalah sebanyak RM100 sebulan bagi anak-anak yang berumur 4 tahun. Disamping itu, Program Iltizam Anak Selangor yang menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Selangor bermula kelahiran 2022. Jelas Anfaal yang juga Ahli Dewan Negeri Taman Templer, mereka yang berjaya memohon akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang mula dikredit pada tahun 2022.

xr:d:DAF7-1SH9bg:8,j:2521307707758235556,t:24020608

Timbalan Ketua Wanita AMANAH Nasional itu memaklumkan di Dewan Negeri Selangor ketika menjawab soalan ADN Teratai, Yew Jia Haur bahawa perkhidmatan Perpustakaan Mesra Transit oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS) turut disediakan. Perkhidmatan transit yang mempunyai pancuran air di bilik air serta pantri untuk kanak-kanak ini mengurus diri sebelum pergi ke sekolah itu melibatkan 13 perpustakaan sebagai projek rintis.

Akhir sekali, Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak dan guru berkenaan hak dan keselamatan kanak-kanak. Program ini telah pun dijalankan di 11 buah sekolah di Selangor. – SelangorToday

Exit mobile version