SelangorToday

5 UNIT WATERJET KUASA TINGGI SAMPAI DI HULU LANGAT

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa telah menyumbang 5 unit Waterjet berkuasa tinggi kepada Pusat Operasi Bencama Alam (POBA) Hulu Langat baru-baru ini. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar mengutuskan bantuan tersebut setelah melihat Hulu Langat menjadi antara tempat yang terkesan teruk setelah banjir melanda pertengahan bulan Disember tahun lalu.

Mengikut petikan laman sosial Parti Amanah Negara, sumbangan itu telah disampaikan oleh wakil Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan disambut oleh YB Sany Hamzan selaku Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Hulu Langat serta diiringi Pengarah Mobilasi Pemuda AMANAH Nasional, Tuan Abbas Adzmi di lokasi POBA Hulu Langat.

Berdasarkan keadaan semasa, hampir 70% rumah-rumah sekitar Hulu Langat telah pun dibersihkan, manakala selebihnya sedang dalam proses dan memerlukan tenaga dan peralatan yang mencukupi untuk memulihkan sepenuhnya keadaan di Hulu Langat. Sebelum ini, Timbalan Presiden AMANAH bersama Naib Presiden AMANAH, YB Datuk Seri Salahudin Ayub dan YB Dato Wira Mahfuz Omar juga turun ke Hulu Langat bagi membantu operasi pemulihan pasca banjir di sana.

Exit mobile version