Site icon SelangorToday

6 KAMPUNG DI HULU BERNAM DILANDA BANJIR

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir melanda enam kampung di Hulu Bernam, di sini, semalam.

Enam kampung terbabit adalah Kampung Serigala, Sungai Nilam, Kampung Selisek, Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati paras kedalaman air adalah 0.3 meter dan trend air menurun.

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah dengan ketika ini 113 mangsa daripada 56 keluarga berlindung di premis itu,” katanya melalui kenyataan, malam tadi. – Berita Harian

Exit mobile version