SelangorToday

6,913 KELUARGA TELAH MENERIMA BANTUAN KERAJAAN SELANGOR

Bantuan Selangor Bangkit yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah disampaikan kepada penduduk di Selangor yang terkesan akibat banjir pertengahan disember tahun lalu. Sehingga 2 Januari 2022, sebanyak 6, 913 keluarga telah menerima bantuan tersebut yang diagihkan secara berperingkat.

Setelah bencana banjir melanda Negeri Selangor baru – baru ini, kerajaan Selangor telah mengumumkan peruntukan khas dinamakan Bantuan Selangor Bangkit iaitu RM 1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas akibat banjir. Dalam usaha meringankan beban rakyat, kerajaan negeri telah berusaha secara maksima dengan mengagihkan bantuan yang perlu kepada rakyat Selangor.

Selain itu, kerajaan Selangor juga mempuntukkan RM10, 000 kepada waris mangsa banjir yang maut akibat bencana tersebut. Berdasarkan laman sosial Menteri Besar Selangor, 2 keluarga melibatkan peruntukan RM 20, 000 telah selesai menerima bantuan tersebut baru-baru ini. Bantuan ihsan itu tidak mampu menggantikan kehilangan insan yang maut akibat banjir sebelum ini, namun sekurang-kurangnya bantuan itu boleh digunakan untuk bangkit semula untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Exit mobile version