SelangorToday

73,938 CALON MENGAMBIL SPM DI SELANGOR

Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Datin Dr Nor Faridah A Bakar menasihati calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 . Katanya bagi mana-mana pelajar yang positif dan tidak dapat mendudukinya, Kementerian Pendidikan menjadualkan semula pada April depan.

Calon peperiksaan SPM 2021 merupakan kumpulan kedua yang terpaksa menduduki peperiksaan SPM dengan jadual anjakan baru setelah pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun 2020. Tambahan lagi kumpulan kali ini merupakan kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan SPM dengan format dan kurikulum baru yang dimulakan pada tahun 2007 iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Penularan Omircron yang muncul baru-baru ini sedikit sebanyak mengganggu proses penilaian calon-calon SPM bagi Ujian Lisan dan Ujian Amali. Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi mengalami peningkatan kes yang tinggi melibatkan calon SPM dan guru-guru.

Exit mobile version