Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof memaklumkan di Dewan Rakyat semalam, bahawa Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permohonan kewarganegaraan yang begitu banyak terbanyak dibawah Parlimen Shah Alam.
Hj Azli berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan Pindaan 2024.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak KDN kerana daripada 13 permohonan dibuat melibatkan Parlimen Shah Alam, 8 permohonan telah pun diluluskan. Manakala selebihnya diharapkan dapat diselesaikan tahun ini.
Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor untuk menolak dakwaan sesetengah pihak apabila kerajaan hanya ingin menumpukan kepada kemasukan warga asing semata-mata dalam urusan kewarganegaraan ini.
Sebaliknya melalui 13 permohonan yang dibuat oleh melalui Parlimen Shah Alam ia melibatkan anak angkat, melayu Islam, cina dan siam yang belum mendapatkan kewarganegaraan.
Jelas usaha kerajaan ini atas dasar kemanusiaan untuk memastikan mereka yang berhak menjadi rakyat Malaysia diberikan kewarganegaraan.
Disamping Hj Azli yang juga Pengerusi Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional melihat seseorang yang mendapat hak kewarganegaraan ini juga perlu mengetahui, berikrar dan menghayati Rukun Negara sebagai teras kehidupan rakyat Malaysia. – SelangorToday