SelangorToday

9 MEI 2018 : MALAYSIA BEBAS KLEPTOKRASI, RAKYAT BINA SERIBU HARAPAN

4 tahun yang lalu, buat pertama kali Malaysia yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional selama hampir 65 tahun tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Meski Pilihan Raya Umum itu dikira sangat genting oleh BN apabila lagenda kepimpinan mereka Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama pembangkang termasuk berbaik semula dengan seteru ketatnya Dato seri Anwar Ibrahim, namun BN terpaksa membubarkan Parlimen setelah mandat berakhir dan terpaksa menghadapi PRU tersebut. Disaat-saat akhir, BN masih percaya bahawa mereka akan kekal sebagai kerajaan memandangkan PAS akan memecahkan undi pembangkang. Tetapi akhirnya, rakyat sebulat suara menumbangkan BN dengan memilih Pakatan Harapan melalui logo KEADILAN bagi membentuk kerajaan baharu.

Rakyat jelata yang sudah menyakini bahawa BN tumbang manakala kerajaan baharu bakal diwujudkan berkumpul di perkarangan Putrajaya dimana ia menghimpunkan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia sambil mengibarkan bendera KEADILAN dan Jalur Gemilang. Akhirnya pada Khamis 10 Mei pada malamnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7. Mengiringi beliau adalah Presiden parti-parti dalam PH seperti Dr. Wan Azizah-KEADILAN (Timbalan Perdana Menteri), Mohamad bin Sabu-AMANAH (Menteri Pertahanan), Lim Guan Eng-DAP (Menteri Kewangan) dan Mahiaddin Yassin-BERSATU(Menteri Dalam Negeri).

Proses menunaikan janji PH dalam PRU telah bermula dimana Dato Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan diraja yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Selain itu, walau diperlekehkan oleh pembangkang bahawa PH tidak menunaikan janji, hakikatnya PH sedang bersilat mereformasi semula pentadbiran dan sistem yang ada di Malaysia. Disebabkan rakyat bersatu hari menumbangkan BN lah kisah 1MDB yang sering dinafikan, menjadi nyata dan jelas krisisnya. Ia melihatkan betapa Malaysia sedang tenat seluruh sendi akibat mainan golongan kayangan.

Exit mobile version