
Pengarah Mobilisasi AMANAH Nasional, Abbas Azmi mengerahkan seluruh ahli AMANAH untuk turun menyertai Himpunan Hari Al-Quds yang akan diadakan Jumaat ini bermula di hadapan Masjid Tabung Haji. Abbas juga turut menyeru semua pihak melibatkan NGO dan pejuang kemanusiaan untuk turut serta dalam himpunan kali ini bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan rejim Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.
Menjelaskan keadaan semasa, Abbas yang juga ADN Seri Serdang melihat saban hari rakyat Palestin ditindas dan dizalimi, ia tidak menumui titik nokhtah meskipun perjanjian genjatan senjata dikuatkuasakan. Malah meskipun perjanjian itu ditemeterai, Israel tetap membedil rakyat Palestin atas sokongan AS.

“Baru-baru ini Israel dan sekutunya telah melanggari perjanjian Genjatan Senjata. Serangan terbaharu yang dilakukan oleh mereka menyebabkan ratusan yang meninggal dunia. Kita telah melihat perkata ini berkali-kali, bertahun-tahun, namun tiadanya penyelesaian yang tuntas untuk mengembalikan hak rakyat Palestin” katanya.
Pendekatan Presiden AS yang baharu juga membuktikan sokongan padu Donald Trump kepada Isarel sekaligu tidak akan meredakan kekejaman yang sedang berlaku. Dasar yang dilaksanakan oleh Trump itu juga memperlihatkan kebersamaan AS dalam membantu Israel untuk merampas Gaza dari rakyat Palestin.

Maka himpunan ini sebagai bantahan rakyat Malaysia atas tindakan tersebut serta tidak bersama dengan kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan AS.
Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor itu menegaskan, isu ini bukanlah isu agama, bukan isu mazhan mahupun isu antara negara tetapi lebih penting ia melibatkan isu kemanusiaan. Justeru rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian serta pejuang kemanusian digesa untuk hadir sama dalam himpunan ini. –SelangorToday