
Ahli Dewan Negeri Seri Serdang, Abbas Azmi hari ini kesal dan merasa dukacita dengan pemakluman penutupan simpang u-turn Lebuhraya Puchong Selatan yang mula dipaparkan beberapa hari yang lalu.

Simpang u-turn yang penting bagi penduduk sekitarnya serta mampu meredakan kesesakan di lebuhraya tersebut akan ditutup mulai 1 April 2025. Selepas tersebarnya makluman tersebut, netizen mula membangikitkan ketidakpuasan hati mereka di Media Sosial. Malah Abbas sendiri selaku wakil rakyat dikawasan sekitar lebuhraya tersebut tidak dimaklumkan secara rasmi.
Menyatakan kekesalannya itu, Abbas memuat naik posting di halaman Facebook rasminya dengan menyatakan penutupan tersebut hanya dimaklumkan kepada pihak MBSJ selaku PBT sahaja. Sedangkan sebelum ini Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor itu telah pun berbincang dengan pihak Lembaga Lebuhraya Persekutuan(LLP) dan pihak konsesi lebuhraya untuk meneruskan pembukaan simpang u-turn di Lebuhraya Puchong Selatan yang mampu meredakan kesesakan untuk jangka masa tertentu.

Justeru Abbas akan mengutus surat kepada pihak LLP dan pihak konsesi untuk mendapatkan penjelasan mereka terhadap tindakan yang menimbulkan keluhan pengguna lebuhraya khususnya penduduk Puchong dan Seri Serdang.-SelangorToday