SelangorToday

ABBAS TEMPELAK SIKAP BISU NEGARA ARAB DISAAT TEKANAN KEPADA GAZA SEMAKIN MEMUNCAK

Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor yang juga Pengarah Mobilisasi AMANAH Nasional, Abbas Salimmi Dato Adzmi meluahkan rasa terkilannya apabila hilangnya suara-suara negara Arab yang ada disaat tekanan kepada Gaza telah memasuki kawasan Rafah semakin memuncak. Melalui satu posting yang dimuat naik semalam, Abbas berkata beliau tidak kuat untuk melihat pelbagai klip video kesengsaraan saudara-saudara yang sedang dihadapi di Gaza. Tambahnya hampir setiap hari, akan ada seorang yang gugur syahid, malah anak-anak menangisi pemergian ibu ayah mereka akibat serangan yang dilakukan oleh regim zionis Israel.

Ahli Dewan Negeri Seri Serdang itu juga mempersoalkan dimana suara negara Arab ketika keadaan menyayat hati ini berlaku? Dimanakah bantuan dan suara negara Saudi selaku negara yang terletaknya Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat. Abbas menempelak sikap diam diri negara Saudi dan mendakwa ruh perjuangan yang bersandarkan perjuangan Rasulullah telah lenyap dari bumi Arab.

Dalam masa yang sama, Abbas mempersoakan hal dagangan dengan nilai berbilion dolar yang masih berjalan antara Turkiye dan Kerajaan Rejim Zionis Israel  dan melalukan penerbangan antara Turkiye dan Israel lebih 8 kali sehari. Dimana ketegasan yang sentiasa dilaungkan oleh Turkiye sebagai kuasa besar negara Islam sebagai tanda solidariti mereka kepada Palestin. Abbas mendakwa di depan Turikiye seoolah-olah bersama Palestin sedangkan dibelakang, mereka menjalinkan kerjasama ekonomi.

Adakah umat Islam sama ada telah terlupa tentang perjuangan membebaskan Al-Aqsa sebagai tanah suci orang Islam? Umat Islam telah terbelengu dengan sikap kebendaan sehingga melupakan kebersamaan kita bersama rakyat Palestin.  – SelangorToday

Exit mobile version