SelangorToday

ADAKAH PEREBUTAN KUASA LEBIH PENTING DARI KEBAJIKAN RAKYAT ? – SOAL DR. HASAN PADA UMNO

Ahli Parlimen Tampin, Dr. Hasan bin Bahrom menzahirkan perasaan dukacitanya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Dr. Ahmad Zahid Hamid yang bersedia dan tidak mempunyai masalah untuk berkempen memenangi Pilihan Raya Umum akan datang jika diadakan ketika musim banjir. Tambah Dr. Hasan, ketika musim tengkujuh, pelbagai agensi kerajaan telah dikerahkan untuk bersiap sedia menghadapi suasan yang lebih genting jika banjir berlaku, namun atas ketamakan kuasa, mereka juga terpaksa menjalankan tugas sebagai pegawai SPR akibat tindakan kerajaan membubarkan Parlimen.

Dr. Hasan bin Bahrom, Pengerusi Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional

Melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, Dr. Hasan yang juga Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional berkata, menuju peperiksaan SPM dan akhir tahun yang bakal berlangsung awal Januari hingga Mac 2023, guru-guru sedang bertungkus-lumus membuat pelbagai program pra-peperiksaan untuk memastikan anak-anak murid berupaya mencapai prestasi cemerlang, sebaliknya pimpinan UMNO mendesak PRU diadakan dalam tempoh ini yang pastinya akan menambah tekanan guru-guru di sekolah memandangkan hampir 70% guru-guru ini akan terlibat sebagai petugas SPR.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (UNISEL) itu juga mempersoalkan dimanakah belas ehsan pimpinan UMNO mahupun ahli politik yang terkait dengan isu di mahkamah mendesak PRU diadakan dalam keadaan sekarang, sedangkan banyak usaha-usaha membantu rakyat dan pendidikan sedang berjalan dengan pesatnya setelah direncatkan semasa PKP. Justeru, Dr. Hasan merasakan pelaksanaan PRU dalam tempoh terdekat suatu yang janggal dan tidak sesuai diadakan berbanding usaha untuk membantu rakyat dalam kesusahan. – Selangor Today  

Exit mobile version