Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menceritakan pengalaman beliau sebagai pemimpin kerajaan Melaka yang ke 11 dalam buku sulung tulisanya ‘Memoir 22.11’. Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil itu berjaya menulis pengalamannya daripada kaca mata beliau sendiri menguruskan gabungan pakatannya menawan Melaka daripada UMNO/BN. Buku tersebut diluncurkan di Hotel Rosa, Bandar Hilir, Melaka pada rabu itu dirasmikan oleh Hisommudin Bakar dari Ilham Centre.
Dalam ucapan perasmiannya, Hisommudin menyatakan bahawa memoir ini akan menjadi rujukan utama pada masa akan datang jika terdapatnya graduan-graduan yang ingin mengkaji dasar dan kepimpinan Pakatan Harapan memimpin Melaka pasca 9 Mei 2018. Beliau menambah lagi meski masa yang singkat, Adly mempunyai nilai yang perlu dikaji memandangkan beliau merupakan Ketua Menteri Melaka yang pertama bukan daripada pemimpin UMNO.
Selain Hisommudin, pengulas buku terkemuka, Sayid Munawwar Sayid Mustar turut memberikan ulasan beliau semasa peluncuran buku tersebut yang mana buku tersebut juga mencatat kekalutan yang berlaku daripada pihak Adly dan pimpinan Pakatan Harapan Melaka untuk membentuk kerajaan setelah mengetahui bahawa Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Melaka dengan majoiriti mudah. Buku ini juga mendedahkan kepada umum siapakan individu yang tidak mahu menandatangani Akuan Bersumpah(SD) untuk melantik Adly selaku Ketua Menteri Melaka.
Sesiapa yang berminat untuk membeli buku tersebut boleh menekan link berikut : https://yzza.io/bkxm4