SelangorToday

ADLY JAWAB TOHMAHAN PRN MELAKA, SEDAYA UPAYA ELAK PRN DIADAKAN

Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menempelak pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) yang cuba memburukkan imeh Adly dan HARAPAN apabila mendakwa Adly tidak kisah dan peduli diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun ketika itu negara masih dilanda wabak Pandemik Covid-19. Kata Adly melalui sebuah kenyataan medianya, beliau menerima banyak komen berbaur fitnah daripada pihak BN yang menyatakan kenapa dulu PH kini HARAPAN tidak kisah pun PRN Melaka diadakan pada bulan November 2021.

Adly mendahulukan rakyat dalam semua hal

Naib Presiden AMANAH itu menegaskan, bahawa pada waktu itu, setelah beberapa wakil rakyat BN menarik sokongan keatas kerajaan campuran BN/PN, BN yang memohon pembubaran DUN Melaka dan bukannya PH. Malah pembubaran itu terus diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Melaka. Tambah Adly, HARAPAN ketika membantah tindakan untuk mengadakan PRN memandangkan ketika itu negara masih mengalami fasa pemulihan apabila Pandemik Covid-19 melanda.

Adly yang juga Bendahari HARAPAN Malaysia berhujah, beliau sendiri selaku Pengerusi HARAPAN Melaka telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan PRN tersebut. Maka Adly meminta agar pemimpin dan penyokong BN berhenti daripada menyebarkan cerita yang tidak betul kerana ia boleh mengundang fitnah yang berat hukumannya di sisi Tuhan. Adly dijangka akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen kali ini bagi membantu HARAPAN menawan semula Putrajaya. – Selangor Today

Exit mobile version