Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari mencadangkan kepada kerajaan supaya program rumah transit diwujudkan bagi membantu golongan muda untuk menyewa rumah dengan kadar yang berpatutan. Cadangan yang dikemukakan itu merangkumi golongan B40 dan sebahagian M40 juga yang pada masa kini mengalami kenaikan kos sara hidup termasuk kadar sewa rumah. Dalam satu temubual ringkas beliau yang dipaparkan di laman sosial beliau, Adly menyatakan bahawa program rumah transit ini perlu disediakan oleh kerajaan dengan kadar sewa berpatutan. Dengan langkah itu, golongan muda yang baru berumah tangga dan keluarga dari kalangan B40 dan M40 dapat dibantu.
Mengulas lagi, Adly menegaskan bahawa rumah satu keperluaan asas kepada sebuah masyarakat. Memperoleh rumah sama ada secara sewa atau beli menjadi aspek penting dalam kehidupan rakyat Malaysia. Namun dengan keadaankos bahan binaan serta inflasi yang tidak terkawal, menyebabkan rakyat Malaysia sukar mempunyai rumah sendiri. Mereka semua terpaksa menumpang rumah ahli keluarga mereka dan ada juga yang terpaksa memilih untuk hidup sebagai gelandangan. Kesanya perkembangan hidup bermasayarakat menjadi terbantut yang pastinya melahirkan sebuah masyarakat yang miskin sosial. Maka Adly yang juga ADUN Bukit Katil, Melaka mencadangkan kerajaan memulakan program ini.
Adly sebelum ini merupakan Ketua Menteri Melaka semasa PH memerintah. Dalam tempoh 22 bulan banyak dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Adly bersama barisan exconya. Perihal rumah yang dicadang, Adly berjaya melancarkan beberapa buah program yang merangkumi Rumah Belia Melaka dan Rumah Peduli. Program-program ini merupakan usaha Adly dan Pakatan Harapan Melaka membantu golongan muda dan B40 serta M40 memperoleh rumah sendiri.