Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid Harun telan menjalankan kempen bebas beg plastik di bazar ramadan sekitar Batu Tiga Shah Alam. Melalui petikan di sosial media beliau, Danial yang disertai ahli majlis dibawah Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) melaksanakan kempen bebas beg plastik dengan mengedarkan woven bag eksklusif kepada pengunjung bazar ramadan ketika ingin membeli juada berbuka puasa. Tambah Danial, kempen tersebut dilakukan dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dalam masyarakat khususnya di Shah Alam.
Disamping itu, Danial yang juga Ketua Pemuda AMANAH Selangor turut mengedarkan beg edisi terhad ‘This Is Batu Tiga’ yang dikeluarkan sendiri oleh pihak Pusat Khidmat beliau. Keunikan rekaan grafik yang terpapar di beg tersebut telah menarik perhatian pengujung untuk mendapatkannya seterusnya digunakan untuk menampung juada berbuka yang mereka beli. Beliau menegaskan, kempen tersebut bukan sahaja dapat membantu mengurangkan penggunaan beg plastik, namun dalam masa yang sama mampu memberi kesedaran kepada orang ramai akan pentingnya menjaga alam sekitar.
Dalam belanjawan kerajaan Selangor untuk tahun 2024, PERPADUAN yang dianggotai oleh HARAPAN dan BN telah memperuntukkan RM2.5 juta untuk alam sekitar dan perubahan iklim. RM305 juta diperuntukkan untuk pemasangan infrastruktur tenaga yang boleh diperbaharui. Manakala RM 4.5 bilion untuk pelaksanaan Sultan Idris Shah Green Energy Plant untuk 4 fasa. Komitmen yang jitu oleh pentadbir dan wakil rakyat kerajaan negeri terserlah dalam memperkasakan aspek kelestarian alam di Selangor. – SelangorToday