Golongan belia berusia 18 hingga 26 tahun yang menetap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dipelawa menyertai program kepimpinan yang dijadual bermula Februari sehingga Mei depan.
Wakil rakyatnya Danial Al Rashid Haron berkata program Akademi Kepimpinan Batu Tiga itu bertujuan memberi pendedahan mengenai fungsi dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen selain menggilap bakat pemimpin pelapis.
“Kami mengundang 30 belia berusia 18 hingga 26 tahun untuk menyertai akademi ini yang bertujuan memberi pendedahan mendalam berhubung peranan DUN dan parlimen.
“Peserta juga berpeluang berbincang mengenai polisi awam secara langsung bersama ADN Selangor dan diberi kesempatan menjadi penggerak komuniti di DUN Batu Tiga,” katanya menerusi Facebook.
Danial merupakan Ketua Pemuda AMANAH Selangor yang turut nemikul tugas sebagai Timbalan Ketua Pemuda AMANAH diperingkat nasional. Melalui kepimpinannya di Batu Tiga sejak 2023, inisiatif kearah memperkasakan bakat anak muda telah pun berjalan.-SelangorKini