SelangorToday

ADN HULU KELANG TERUJA, USUL BANGUNKAN KG. FAJAR DAPAT PERHATIAN

Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Hj Saari Sungib menyatakan keterujaan dan kesyukurannya apabila Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran HARAPAN bersedia untuk membangunkan Kampung Fajar dalam kawasan Hulu Kelang. Melalui sebuah kenyataan di laman sosial Hj Saari, beliau telah membangkitkan akan perihal pembangunan Kampung Fajar dalam Sidang Dewan Negeri Selangor. Akhirnya, Kampung Fajar yang menjadi kawasan seterusnya yang diberikan perhatian oleh kerajaan negeri selepas berjaya membangunkan kawasan-kawasan lain di Selangor.

Rodziah Ismail sedang memberikan ucapan di Majlis Hi-Tea
Hj Saari Sungib bersama Rodziah dan Surenthran, Ketua Komuniti India Hulu Kelang

Hj Saari memaklumkan berita baik tersebut sempena Majlis Hi-Tea bersama Exco Perumahan Selangor yang juga Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail di Kampung Fajar. Majlis yang dianjurkan oleh Ketua Komuniti India Hulu Kelang, Surenthran A/L Rajoo itu bukan setakat dihadiri oleh penduduk kaum India sahaja, malah ia dihadiri oleh pelbagai kaum yang duduk di sekitar Hulu Kelang. Keterujaan penduduk Hulu Kelang bertemu mata dengan Exco Negeri serta wakil rakyat mereka terserlah apabila sesi soal jawab bersama penduduk membuahkan hasil yang disasarkan. Hj Saari merupakan wakil rakyat Hulu Kelang sejak 2008 lagi. Meskipun gelombang besar melanda politik negara, namun Hj Saari kekal berpegang pada prinsip setia kawan dan pegang pada janji.

Penduduk Kampung Fajar sedang bertanyakan soalan

Tambah Hj Saari lagi, kerajaan Negeri bersetuju untuk membangunkan semula Kampung Fajar dalam masa yang terdekat. Semua agensi terlibat akan memberikan maklumat terperinci dan membuat bancian penduduk Kampung Fajar. Hj Saari yang juga Ketua AMANAH Kawasan Gombak berharap dengan adanya usaha pembangunan semula Kampung Fajar ini, ia mampu memberikan kehidupan yang lebih sempurna dan selesa buat penduduk setempat. Tiada lagi yang diharapkan oleh beliau melainkan melihat rakyat yang menjadi nadi tanggungjawab beliau hidup selesa dan sejahtera. – Selangor today

Exit mobile version