Masyarakat India kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara bakal menerima baucar membeli-belah sempena Deepavali.
Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata baucar Jom Shopping Deepavali diagihkan kepada 650 penerima yang layak di Giant Bandar Kinrara 5 pada Ahad ini.
“Baucar beli-belah ini terbuka kepada mereka yang bukan penerima manfaat di bawah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
“Kita harap pemberian baucar ini dapat meringankan beban penerima terutama sempena perayaan Deepavali ini,” katanya ketika dihubungi.
Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.