SelangorToday

ADN Meru Jelajah 6 Lokasi, Serah Agihan Korban Aidiladha

MERU, 9 Jun 2025 – Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Mariam Abd Rashid meneruskan komitmen khidmat rakyat menerusi Jelajah Korban DUN Meru yang melibatkan enam lokasi berbeza sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Lokasi yang terlibat dalam jelajah tersebut ialah Kampung Budiman, Taman Desa Permai 3, Taman Seri Puteri, Pangsapuri Meru Ehsan, Sungai Kapar Indah dan Taman Intan — melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh DUN Meru.

Menurut wakil rakyat berkenaan, program tersebut bukan sekadar melibatkan agihan daging korban, malah menjadi platform memperkukuh perpaduan dan silaturrahim dalam kalangan penduduk setempat.

“Program ini bukan sekadar menyantuni penduduk melalui ibadah korban, tetapi juga menjadi medan untuk merapatkan silaturrahim dan memperkukuh perpaduan antara masyarakat yang pelbagai latar belakang,” katanya.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk, menyampaikan sumbangan Aidiladha, serta menyantuni para petugas dan sukarelawan yang menjayakan pelaksanaan ibadah korban tahun ini.

Jelajah tersebut juga merupakan sebahagian usaha berterusan DUN Meru dalam memperkasakan nilai kebersamaan menerusi agenda Meru Rahmah, selari dengan semangat #MalaysiaMadani dan tekad #KitaSelangorMajuBersama.

Exit mobile version