SelangorToday

ADN SERI SERDANG OPTIMIS KESESAKAN LALU LINTAS DI LDP AKAN DISELESAIKAN SEGERA

Menyelesai masalah kesesakan jalan raya antara tumpuan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang bagi meningkatkan keselesaan penduduk.

Abbas Azmi berkata pihaknya telah bertemu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Tengah bagi kemukakan cadangan hasil perbincangan dengan persatuan penduduk untuk kajian dan tindakan.

“Saya telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah LLM Wilayah Tengah, (Ir Dr Mohammed Ridzuan Jahidin) bagi membincangkan perkara berkaitan kesesakan jalan raya terutamanya di sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP),” katanya di Facebook.

Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan sesi pertemuan dengan agensi lain yang terlibat dari semasa ke semasa bagi menyelesai permasalahan tersebut dengan lebih mendalam.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Abbas yang juga calon Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi kerusi DUN berkenaan selepas meraih 37,411 undi menewaskan Mohd Shukor (Perikatan Nasional) dan Amir Hadi (Muda).

Exit mobile version