Ahli Dewan Negeri(ADN) Seri Serdang, Abbas Azmi telah menyertai satu sesi libat urus yang dianjurkan oleh Ahli Majlis MBSJ, Fauzan Rosli bersama penduduk MBSJ Zon 12.
Sesi libat urus itu diadakan bagi menemukan semua pemimpin komuniti dan penduduk setempat di Zon 12 MBSJ untuk memberi pandangan dan perkara berbangkit khusus demi memperkasakan kampung tradisi yang ada di kawasan tersebut.
Abbas yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor berkata, Ahli Majlis Zon 12 MBSJ telah diamanahkan untuk menjaga dan memperkasakan kampung tradisi yang ada di DUN Seri Serdang, justeru Fauzan telah menggagaskan Agenda Lestari Kampong sebagai teras kepada perancangan yang bakal dilakukan.
Maka kehadiran Abbas dalam sesi libat urus tersebut sebagai satu usahasama antara wakil rakyat dan pemimpin komuniti kampung terlibat untuk menjadikan kampung tradisi di Selangor sebagai kampung contoh kepada negeri-negeri yang lain.
Ketua Penerangan PH Selangor itu juga melihat kerjasama yang erat dan komitmen pemimpin komuniti melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Sri Aman, Kampung Sri Langkas Tambahan dan Kampung Sri Puchong akan memberi nilai tambah yang besar dalam menjayakan agenda Lestari Kampung.
Memetik hantaran yang dimuat naik oleh Fauzan, Agenda Lestari Kampong 2024-2025 aka digerakkan dengan 3 teras iaitu Kampung moden, Eko-Pelancongan dan Cintai Alam Sekitar. – SelangorToday