ADN Sungai Ramal Hj Mazwan Johar telah turun ke Tapak Pembinaan Masjid pertama di dalam kawasan Bandar Teknologi Kajang untuk melihat perkembangan pembinaan masjid tersebut. Hj Mazwan selaku wakil rakyat dikawasan tersebut telah mengadakan sesi perbincangan dan pendengaran taklimat berkaitan pembinaan masjid tersebut melibatkan prisnsipal kontraktor dan pihak yang berkaitan.
Dalam sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Ir. Tuan Zulfaizal Mat Zin, Jurutera Daerah JKR Hulu Langat itu, Hj Mazwan telah dimaklumkan bahawa berlaku pelanjutan masa sebanyak dua kali untuk pembinaan masjid tersebut. Berdasarkan perancangan awal, masjid ini sepatutnya siap pada 23 Jun 2022, tetapi atas melihat kekangan semasa, pelanjutan masa perlu dilakukan dan ia tidak melewati bulan Oktober tahun ini.
Bendahari AMANAH Selangor itu juga mahu segala ikhtiar diusahakan semaksima mungkin bagi memastikan masjid ini selesai dibina pada masa yang ditetapkan. Hj. Mazwan juga memohon agar tiada lagi pelanjutan masa buat kali ketiga. Beliau sendiri akan mengadakan jamuan jika masjid ini berjaya dibuka pada 29 Oktober memandangkan tarikh tersebut merupakan tarikh lahir beliau. Hj Mazwan turut berada di tapak pembinaan untuk melihat secara dekat apa yang berlaku .