SelangorToday

ADN TAMAN TEMPLER RASMI PROGRAM BERKHATAN

ADN Taman Templer, YB Mohd Sany Hamzan telah merasmikan Program Khatan Perdana 2021 bagi penduduk Taman Templer pada 11 Disember 2021 di KAFA Al Furqan, Bandar Baru Selayang.

Program yang melibatkan 72 penyertaan itu hanya dikenakan bayaran RM 60 sahaja selebihnya yang berbaki RM 80 lagi ditanggung oleh pihak pejabat YB, Pusat Khidmat Masyarakat ADN Taman Templer.

YB Mohd Sany yang juga JK Pimpinan AMANAH Nasional telah mengusahakan program ini sejak dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 2018. Pastinya usaha ini dapat meringankan tanggunggan ibubapa yang harus berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version