SelangorToday

ADUN AMANAH DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN SPEAKER DUN PULAU PINANG

ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz yang satu-satunya menjadi wakil AMANAH dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang. Lantikan Azrul Mahathir, 47 turut dicadangkan oleh Kon Yeow dan disokong Mohamad.

Sebelum itu Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, dilantik sebagai Yang Dipertua atau Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi penggal ketiga berturut-turut.

Choo Kiang, 53 adalah calon tunggal dilantik bagi jawatan itu pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 bagi pemilihan Yang Dipertua di DUN Pulau Pinang.

Pada sidang sama, semua 40 wakil rakyat mengangkat sumpah jawatan didahului Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota, diikuti ADUN lain.

Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 Pulau Pinang menyaksikan 29 ADUN dari gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah selepas berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Seramai 11 wakil rakyat dari Perikatan Nasional (PN) terdiri tujuh daripada PAS dan empat BERSATU turut mengangkat sumpah jawatan sama.

Exit mobile version