Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melantik Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu menggantikan Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan pada Khamis.
Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis disempurnakan di Istana Arau dan selesai kira-kira 4.10 petang Ahad.