Site icon SelangorToday

ADUN SUNGAI RAMAL TINJAU HARGA BARANG BINAAN

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal, YB Mazwan Johar pada pagi Selasa 21 Disember 2021 telah berkunjung ke kedai-kedai barang binaan untuk melihat kadar harga barang-barang tersebut.

Melalui petikan di laman sosial beliau, tinjauan itu yang dinamakan ‘Window Shopping’ itu bertujuan untuk melihat harga terkini barang binaan dan senarai perolehan barang-barang binaan untuk memudahkan Mazwan Johar membuat kiraan perbelanjaan akan datang.

Kata beliau yang juga Bendahari AMANAH Selangor, ia merupakan sebahagian daripada gerak kerja fasa pemulihan banjir. Tambah beliau ada beberapa perolehan aset diperlukan untuk memudahkan urusan pihak beliau untuk membantu membuat pemulihan bagi mereka yang dilanda banjir.

Untuk makluman, kawasan yang terkesan banjir dibawah DUN Sungai Ramal adalah di Kampung Bangi manakala Pusat Pemindahan Sementara adalah di Sekolah Kebangsaan Bangi.

Oleh,

Cikgu Syazmir HN

Exit mobile version