SelangorToday

AGAMAWAN USAH BERSELINDUNG DISEBALIK DAKYAH BARAT UNTUK MEMBELA PERASUAH

Presiden AMANAH, Yang berhormat Tuan Mohamad Sabu menempelak golongan agamawan yang berselindung disebalik dakyat barat untuk membela perasuah. Kata beliau, tindakan PAS yang menyatakan bahawa menuduh Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan serta bersubahat dengan pihak barat. Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan itu menyatakan, jika mengadukan isu rasuah dikatakan sebagai alat barat, kami berbangga menjadi alat tersebut.

Setelah mengimbas sejarah 100 yang lalu bahawa agamawan membela pemerintah yang zalim, kini ia kembali. Orang agama sekarang sedang menjual candu kepada rakyat, agar rakyat terus khayal dan dapat menerima rasuah yang sedang membarah di negara ini. Penyakit  kecanduan agama sehingga melupakan soal rasuah merupakan penyakit besar di negara ini dan negara-negara Islam yang lain. Natijahnya, negara Islam terus mundur.

AMANAH memikul beban yang berat untuk mengekang masalah ini. AMANAH dipertanggungjawabkan untuk mewajahkan Islam yang rahmah untuk semua. Islam yang ditunjukkan buka Islam yang menghalang keadilan itu untuk ditegakkan.

Exit mobile version