SelangorToday

AHMAD DUSUKI ANTARA YANG DITAMATKAN TAULIAH MENGAJAR DI SELANGOR

Ustaz yang popular tentang kisah kematian dan azab kubur, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani antara individu yang ditarik semula tauliah mengajarnya di sekitar Negeri Selangor.  Ustaz Ahmad Dusuki merupakan antara mereka yang tidak lagi dibenarkan untuk mengajar agama di surau-surau sekitar Selangor mulai 3 Mac 2022. Surat yang tular semalam merupakan surat edaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertarikh 17 Mac 2022 yang menyenaraikan individu yang ditarik semula tauliah mengajar selepas dikemaskini 3 Mac lalu.

Selain Ustaz Ahmad Dusuki, Selebriti Agama yang terkenal dalam Program Mari Mengaji, Mohd Zamri bin Zainuddin juga ditarik tauliah mengajar mulai 1 Januari 2022. Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki, Ahli Dewan Negara, Asmak binti Hussein, pimpinan PAS Wilayah Persekutuan, Dr. Azhar Yaakub, Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Saleh Huddin bin Mohd Nasir dan bekas ADN Taman Templer, Hj Zaidi bin  Abdul Taib antara yang ditarik semula tauliahnya mulai 1 Januari 2022.

Arahan penarikan semula tauliah mengajar bagi individu yang terlibat dalam politik merupakan titah  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor demi memelihara kesucian surau dan masjid di Selangor agar tidak dijadikan tempat untuk menyebar fahaman politik dan kebenciaan. Untuk makluman, Ustaz Ahmad Dusuki dan Mohd Zamri, kedua-duanya menjadi calon mewakil PAS dalam PRU ke-14 yang lalu.

Exit mobile version