SelangorToday

AIMAN ATHIRAH MULAKAN TUGAS PERTAMA, ZAHIRKAN KOMITMEN KPKT UTAMAKAN OKU DI TINGKAT BAWAH PPR

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu memulakan tugas rasminya dengan menjawab ketika menjawab pertanyaan Senator Isaiah D Jacob di Dewan Negara setelah rombakan kabinet pertama Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu telah berkhidmat sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Ketika menjawab pertanyaan tersebut, Ketua Wanita HARAPAN itu berkata sebanyak satu peratus pengisian Program Perumahan Rakyat (PPR) diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), selain keutamaan bagi pengisian di tingkat bawah.

Beliau menzahirkan komitmen itu demi membela nasib rakyat dengan menyediakan inisiatif pembiayaan untuk menggalakkan pemilikan rumah termasuk bagi golongan berkenaan.

“Bagi tujuan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama, kerajaan menyediakan inisiatif i-Biaya yang menyediakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

“Inisiatif SJKP ini menyediakan jaminan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti golongan economi gig termasuk OKU,” kata Aiman Athirah.

SJKP menyediakan jaminan RM5 bilion nilai pinjaman dan inisiatif yang ditambah baik menerusi pengumuman Ekonomi MADANI, dengan tambahan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion.

Exit mobile version