SelangorToday

AKTA GUAMAN SYARIE : USAHA DR. MUJAHID BERKUAT KUASA 21 JUN INI

Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) akan berkuat kuasa pada 21 Jun 2022. Meskipun pengumuman itu dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekarang, Ustaz Dato Idris Ahmad, namun pengumuman itu telah diusaha semasa Pakatan Harapan memerintah Malaysia. dalam satu kenyataan bekas Menterinya, Dr. Mujahid Yusof Rawa, usaha itu telah dimulakan sejak beliau diamanahkan sebagai menteri agama yang bukan daripada UMNO-Barisan Nasional. Atas kesedaran bahawa kedudukan peguan syarie perlu diangkat setara dengan peguam sivil yang lain, maka usaha ini dilakukan sehinggalah ia terganggu semasa Langkah Sheraton.

Dr. Mujahid ketika membentangkan cadangan akta 814 di Parlimen

Menyingkap perjalanan Dr. Mujahid bersama timbalannya Fuziah Salleh merealisasikan akta ini, ia diusahakan dengan proses pembentangan akta di parlimen pada tahun 2019. Meski Dr. Mujahid dituduhkan sebagai menteri pelbagai agama, jelas langkah yang diambil oleh Dr. Mujahid ini merupakan satu langkah membumikan nilai Islam Rahmatan Lil Alamin di Malaysia dengan mengangkat kedudukan peguam syarie. Akta ini dibahas dan diluluskan semasa Dr. Mujahid dan Fuziah Salleh masih memimpin JAKIM dan agensi agama Islam yang lain.

Tambah Naib Presiden AMANAH itu lagi, melalui penguatkuasaan akta tersebut, pembentukan Badan Peguam Syarie atau BPS akan turut terbentuk sebagai salah satu peruntukkan dalam akta. Tegas Dr. Mujahid, banyak lagi usaha dan tindakan susulan yang diperlukan selaras dengan pengumuman tersebut. Antaranya, Majlis Peguam Syarie dan kriteria penarafan yang diperuntukkan. Dr. Mujahid berharap martabat kehakiman dan pengamal undang-undang syarie terus diperkasakan menjadi institusi perundangan Islam yang dihormati.

Exit mobile version