SelangorToday

AKW ANGKAT MARTABAT WANITA SELANGOR

Majlis Konvokesyen Akademik Kepimpinan Wanita Selangor telah diadakan di Auditorium MBSA 19 Februari yang lalu. Majlis tersebut disempurnakan oleh Exco Kesihatan Awam, Wanita dan Keluarga & Perpaduan Selangor, Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Mahmud. Majlis tersebut melibatkan 180 orang graduan yang telah tamat pengajian melibatkan cohort  1 dan 2 tahun 2022.

Dr. Siti Mariah menyampaikan sijil kepada graduan AKW

Dalam ucapan perasmian beliau,  Naib Presiden AMANAH itu memaklumkan bahawa kewujudan AKW sebagai institusi untuk melatih golongan wanita dari aspek kepimpinan, mengenal hak-hak tertentu dan kemahiran turun kelapangan berbakti kepada masyarakat telah membuahkan hasil. Ia dibuktikan apabila ramai graduan-graduan AKW telah mula mendapat tempat dalam parti politik, badan bukan kerajaan dan pelbagai organisasi.

Dalam masa yang sama, Ahli Dewan Negeri Sri Serdang itu mahu lebih ramai wanita menyertai AKW pada sesi akan datang bagi memastikan golongan wanita juga diberikan tempat sebagai pembuat keputusan dalam masyarakat.

Exit mobile version