SelangorToday

AMANAH APLIKASI NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN SELANGOR, SELANGOR SARING JADI CONTOH

AMANAH sebagai sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan merupakan pemain utama dalam perubahan ke arah melahirkan Selangor sebagai negeri yang sihat dan maju. Baru-baru ini melalui inisiatif Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, program Saring Selangor telah dilancarkan. Program yang dipimpin oleh Naib Presiden AMANAH, Dr. Siti Mariah Mahmud itu akan menjelajah ke seluruh Negeri Selangor melibatkan 56 DUN. Kata Dr. Siti Mariah ketika sesi bersama media, usaha ini tercetus apabila melihat kepada impak yang berlaku setelah Covid-19 melanda negara. Ramai yang kembali sihat setelah dijangkiti Covid-19, tetapi ada sebaliknya gagal dipulihkan kerana ada penyakit sampingan seperti penyakit kronik yang sebahagian besarnya pesakit tersebut tidak menyedari yang mereka mempunyai penyakit tersebut.

Oleh itu, tambah ADN Seri Serdang itu lagi, program ini lebih mensasarkan kepada orang awam yang menyakini bahawa mereka itu tidak mempunyai penyakit. Dengan pendirian itu, orang awam tersebut lebih perlu menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka benar-benar sihat. Selain itu, ujian saringan kesihatan jika diadakan akan memakan masa dan kewangan yang tinggi, dengan usaha kerajaan negeri Selangor ini yang menanggung kos saringan daripada awal dan akhir serta hanya melibatkan tempoh 72 jam sahaja, ia memudahkan urusan rakyat Selangor. Selain Dr. Siti Mariah selaku Exco yang bertanggungjawab, program ini dikelolakan penuh dibawah kepimpinan Sdr. Mirzan Majid selaku Pegawai Khas Exco dan juga Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Selangor.

Tn. Mirzan Majid,Pengarah Program Selangor Saring

Jelaslah disini bahawa program ini merupakan satu ‘game changer’ AMANAH Selangor untuk membina sebuah masyarakat yang sihat dan maju. Ia selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah yang menekankan soal kepentingan nyawa. AMANAH Mengorak langkah dengan memaparkan idea yang cerdas dan terkini tanpa merobek atau membelakangkan nilai Islam. Dengan kesihatan yang baik, rakyat Selangor bukat setakat boleh bekerja dengan baik, malah boleh melakukan ibadah dengan lebih sempurna. Selangor akan lahir sebagai negeri yang sihat, maju dan diberkati.

Program Selangor Saring akan terus menemui rakyat Selangor pada minggi ini iaitu 18 Jun 2022 di DUN Dengkil dan Sungai Ramal serta pada 19 Jun 2022 di Sungai Pelek, Teratai dan Pandan Indah.

Exit mobile version