
Parti AMANAH Negara Kawasan Bangi terus melebarkan pengaruh dan khidmatnya dengan bakal menubuhkan Parti AMANAH Negara Cawangan Taman Impian Ehsan. Melalui posting yang dimuat naik oleh Ketua Kawasannya, Hj Mazwan Johar, proses penubuhan cawangan tersebut diperingkat tertinggi sedang berjalan.

Penubuhan cawangan telah berlaku sejak penubuhan rasmi Parti AMANAH Negara Kawasan Bangi pada tahun 2015 itu didorong oleh komitmen para ahli parti di Taman SInaran sebagai Daerah Mengundi dibawah Impian Ehsan.
Hj Mazwan yang juga Bendahari AMANAH Selangor berkata, penubuhan cawangan secara berterusan ini menandakan parti komponen dalam Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan semakin subur dan kuat dari hari ke hari.

Sementara itu, beberapa hari yang lalu, Hj Mazwan telah merasmikan Surau Baitul Rahman, Kolej Dato Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Jemputan melalui Kelab Kerohanian Baitul Rahman yang diketuai oleh Rifqi Adham itu dibuat atas kapasiti Hj Mazwan antara penyumbang kepada penaik taraf surau itu yang dianggarkan berjumlah RM2,000.

Beliau yang juga Penyelaras DUN Sungai Ramal menghargai komitmen jitu para siswa-siswi yang menjayakan surau tersebut. –SelangorToday