SelangorToday

AMANAH GEMBLENG JENTERA MENUJU PRU KE-15, TAWAN SEMULA PUTRAJAYA

Parti Amanah Negara kini sedang mempersiapkan seluruh jentera bparti untuk menghadapai Pilihan Raya Umum ke-15. Kenyataan pimpinan AMANAH Nasional  itu dibuat ketika Majlis Berbuka Puasa Parti Amanah Negara di ibu kota pada Khamis itu menjangkakan PRU akan diadakan dalam tempoh masa tahun ini atau awal tahun depan. Kenyataan yang dibacakan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Hj Khalid Abd Samad itu lagu menyatakan, bahawa penyertaan AMANAH dalam PRU kali ini adalah untuk menang dengan tujuan membentuk sebuah kerajaan bersih rasuah dan bersifat berkebajikan.

Oleh itu, AMANAH yakin jika strategi dan messaging yang tepat dilaksanakan mampu memenangkan semula AMANAH dan PH. Sidang media tersebut juga disertai oleh Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahudin Ayub dan beberapa Naib Presiden AMANAH . Dalam kenyataan yang sama, AMANAH menegaskan bahawa startegi ‘coalition building’ antara AMANAH dan PH serta semua parti pembangkang perlu dipergiatkan dan messaging yang jelas mampu mengembalikan semula kepercayaan pengundi.

Seterusnya, AMANAH beranggapan bahawa usaha menafikan BN kembali berkuasa merupakan matlamat utama dalam PRU kali ini memandangkan, jika BN kembali berkuasa, implikasinya terlalu buruk terhadap rakyat dan negara. AMANAH juga mahu semua parti pembangkang mengambil pengajaran dalam siri PRN sebelum-sebelum ini dan membetulkan sikap dan pendekatan supaya strategi kemenangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Exit mobile version