SelangorToday

AMANAH GERAK JENTERA DALAM SATU PASUKAN PH, SEDIA PERTAHAN KKB – HJ AZLI

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof menyatakan komitmen AMANAH sebagai salah satu komponen dalam Pakatan Harapan(HARAPAN) untuk menggerakan jentera mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil(PRK) Kuala Kubu Bahru(KKB) hujung bulan ini.  Kata Hj Azli, pastinya AMANAH khususnya AMANAH Selangor akan menyelaraskan semua jentera parti yang akan memainkan peranan sebagai satu pasukan HARAPAN bagi memenangkan calon HARAPAN yang bakal diumumkan kelak. Malah tambahnya, AMANAH akan menumpukan usaha terhadap pengundi melayu dengan kesedaran bahawa pemilihan HARAPAN dalam PRK KKB akan meneruskan kelangsungan program pembangunan dibawah kerajaan negeri serta perancangan yang telah dibuat untuk rakyat KKB.

amanah

Hj Azli yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jentera HARAPAN untuk PRK KKB membantu ketua jentera iaitu Ng Sze Han. Beliau akan bergandingan dengan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin. Hj Azli yakin kemenangan yang bakal diperoleh oleh calon HARAPAN kelak akan memperlihatkan kesepaduan dan keampuhan HARAPAN menerajui kerajaan negeri mahupun persekutuan. HARAPAN juga mensasarkan untuk menambah jumlah majoriti kemenangan calon HARAPAN.

Kerusi DUN berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas selepas beberapa tahun bergelut melawan barah. Hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Bharu bakal diadakan pada 11 Mei, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 7 Mei. Kee Hiong adalah wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 dan ini adalah penggal ketiganya selepas mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya negeri Selangor 2023 dengan majoriti 4,119 undi. – SelangorToday

Exit mobile version