Pagi Rabu 22 Disember 2021, rombongan Skuad Sukarelawan Hulu Kelang, NGO dibawah Biro Kemanusiaan, Kebajikan & Bencana Alam (BKKBA) AMANAH Gombak dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Hulu Kelang telah bergerak ke lokaliti banjir khususnya di Puchong.
Dalam petikan laman sosial ADN Hulu Kelang, YB Saari Sungib, rombongan yang turut disertai Ketua Pemuda AMANAH Gombak, Tuan Ahmad Usamah bin Zulkifli fokus untuk membantu melakukan operasi pembersihan rumah yang terjejas akibat banjir hujung minggu lalu.
Untuk makluman, Skuad Sukarelawan DUN Hulu Kelang diketuai oleh Tok Zohari Ahmad yang juga Ketua Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Skuad ini ditubuhkan atas inisiatif ADN Hulu Kelang bagi membantu jika terdapatnya situasi kecemasan sama ada di Gombak mahupun sekitarnya.
Oleh,
Cikgu Syazmir HN